Jan 12, 2017

Kronologi Kelahiran Asha Rania

Assalammualaikum.

Asha dah tidur, boleh la update blog seperti yang dijanjikan. heh. Amboi! Kemain tittle - kronologi bagai. Haha Takpela. Update sebagai kenangan. Nanti Asha dah besar rindu pula. Kannn....

This post going to be so looooooooongggggg. I warned ya! Haha

Semua tahu sepanjang aku pregnant aku ni banyak nauuu berjalan. Jarang-jarang sekali duduk rumah saje-saje. Hihi Masa awal-awal pregnant aku bekerja. Sampai lah Hari Raya 2016, dalam bulan July macam tu, masa tu tengah pregnant dalam 5 bulan macam tu kot, aku berhenti kerja. So, jadilah aku suri rumah sepenuh masa. Hehe Kehulur-kehilir aku ikut suami. Pi show sana sini, pi practise sampai lewat malam, pi ikut suami pi office. Haha Aku agak kengkawan dia mesti boring tengok muka aku Hehe

Refer to post "November - Almost due!" nurse dah cakap, baby dah masuk laluan. Bila-bila masa boleh beranak. Dia siap cakap lagi aku mungkin akan beranak minggu tu. Hehe tapi tak punnnn...

Alkisahnya, pagi Jumaat, 18/11/2016, aku ikut suami aku pi ofis macam biasa. Disebabkan parking ofis suami aku tu tingkat bawah, jadi kena lah naik tangga. Dengan bawa perut aku yang besauu nih, aku pun gigihlah naik tangga. Lepastu lepak aje la macam biasa dekat ofis, sampai tiba-tiba terasa tergerak hati nak pi toilet. Then.. jeng jeng jeng! Nampak setompok darah keluar di pad. Terus rasa nervous ya amat. Masa tu pregnant genap 39w1d. Teringat nurse pesan, kalau turun apa-apa tanda terus pi hospital sebab memang dah boleh bersalin pun. Tapi teringat juga orang berpengalaman pesan, kalau tak sakit, tak payah pi hospital dulu.

So, aku tak sakit, aku pun decide tak mau pi hospital dulu. Bagitahu suami, dia ajak pi hospital, tapi aku tetap dengan keputusan aku. Hehe Dalam otak dok fikir, mungkin sebab naik tangga tadi tu. Perasaan masa tu bercampur baur. Nervous ada, happy ada, exited ada. Hehehe Aku pun mula la menghafal ayat-ayat yang patut untuk buat bacaan nanti dan mula buat pantauan tanda-tanda yang keluar.Yang kelakarnya, sepanjang haritu, suami aku bawa pi makan macam-macam sebab tanda dah turun kan.. nanti kempunan pula. Hehe Lewat malam baru kami pulang and nampak lagi sekali tanda darah turun. Tapi aku masih tak sakit. So, malam itu tidur dengan lenanya.

Keesokkan harinya, Sabtu 19/11/2016, bangun pagi tengok masih ada tanda keluar, tapi masih tak sakit. Suami tetap nak bawa aku pi hospital, jadi bersiap-siaplah kami pi lah HKL. Sampai HKL lebih kurang pukul 10am lebih, kami makan dulu kemudian bergerak lah kami pi wad bersalin. Sampai aje parking, boleh pula aku muntah semahu-mahunya. Pelik sebab sepanjang aku pregnant tak ada lah pula aku muntah teruk. Haha Lepas dah muntah apa bagai tu, baru lah pergi ke PAC (Patient Assessment Center) wad bersalin. Bagitahu nurse disana yang ada keluar darah setompok kecil, mereka pun terus jalankan pemeriksaan.

Selalu asyik baca aje pasal kena seluk untu check laluan. Ramai cakap kena seluk tu sakit. Aku pun nervous la bila doctor nak seluk. Tapi alhamdullilah, Allah mudahkan. Sikit pun aku tak rasa sakit bila kena seluk. Mungkin doctor tu buat dengan penuh hati-hati kot. Cuma janggal la, untuk pertama kalinya orang tengok kawasan peribadi aku Haha Siap doctor tu pesan dekat aku, "Awak tak boleh malu-malu sangat macam ni, kena buka seluas-luasnya, kalau tak macam mana nak bersalin." Adoi laaaa.... Hahaha Check bukaan baru 1cm, jadi doctor suruh balik dulu since memang tak sakit, tak ada contraction. Sebelum balik kami pi singgah minum air kelapa dulu. Yela, orang kata nak dekat-dekat bersalin elok minum air kelapa, nanti kulit baby bersih.

Sampai aje rumah dalam pukul 3pm, aku pun tidur. Biasalah, orang mengandung ni kan cepat letih. Eceh. Suami pula keluar ke bengkel teman ayahnya. Dalam pukul 5pm lebih bangun tidur, tengok suami tak balik lagi andddd.... rasa sakit perut memulas-mulas. Jadi aku pi lah toilet membuang bagai sambil pantau tanda darah yang masih ada. Baby pun masih kicking macam biasa aje. Masa tu dok fikir, aku ni salah makan ke yang sakit perut nak membuang. Beberapa kali aku ulang pi toilet membuang apa yang patut. Sampai pukul 7pm lebih suami pun balik. Dia tanya nak pi hospital ke, aku pun cakap la taknak sebab baru siang tadi nurse cakap lambat lagi ni nak bersalin, sebab laluan baru buka 1cm. Lagipun dah tak berapa nak sakit dah perut.

Suami pun ajak aku pi jalan-jalan Tesco cari jajan untuk standby masa due date which is original due date is on 23th Nov 2016. Jadi kami pun pergi la Tesco. Sambil
 tu ada lah whatsapp big family sebab dorang tahu aku pi hospital pagi tu, dorang nak tahu perkembangan. Aku pun cerita lah apa nurse pesan pagi tu and cerita la aku sakit perut memulas and bagitau tengah jalan-jalan dekat Tesco. Depa boleh bising cakap baby dah nak keluar dah lah tu apa semua. Siap boleh pi jalan-jalan bagai. Haha aku cakap lambat lagi ni...

Masa tengah jalan-jalan tu rasa lagi sakit perut, tapi rasa lain macam sikit. Rasa perut keras. Kejap-kejap aku jalan, bila time dia sakit tu aku berhenti. Masa tu makin lama makin sakit rasa dia. Pukul 930pm, aku start buka apps contraction tracker untuk track rasa sakit ni, Tengok tak kerap pun, kejap 15min, kejap 10min. So, aku layankan aje sambil makan pizza hut Haha Mungkin false contraction. Lepas makan pizza, kami nak balik tapi aku ni semacam lapar lagi. Jadi pi lah cari kedai makan. Dah midnight masa tu. Singgah makan Tom Yam Campur, Siakap 3 Rasa, Telur Dadar & Air Tembikai. Haa kemain detail. Haha Masa tengah syok-syok makan, rasa sakit tu makin kuat & makin stable dia punya kekerapan. Jadi kami pun balik rumah.

20/11/2015, 1am. Dah sampai rumah. Masa ni memang dah start rasa sakit ya amat. Sakit contraction aku adalah sakit perut yang sangat-sangat. Perut mengeras. Haih entahlah, tak tahu nak describe macam mana. Hehe Cuba untuk tidur, tapi tak boleh. Mula lah tulis nota untuk suami dekat phone apa semua Hehe Aku minta tolong suami pantau contraction aku sebab aku dah tak daya nak tekan apps tu setiap kali contraction datang. Kemudian aku tengok masa contraction dah makin kerap. Selang 10min, selang 5min. Sampai pukul 4am, contraction dah selang 3-4min. Aku decide nak pergi hospital. Sampai wad bersalin macam biasa, pergi PAC. Kena seluk. Doctor kata bukaan baru 4cm, so tak layak tolak masuk labour room lagi, jadi kena tolak masuk ward dulu.

Yang peliknya, contraction memang makin kerap, tapi boleh pula tahan sakit tu walhal masa kat rumah memang dah tak mampu tahan sakit. Haha Boleh je berjalan-jalan bagai Haha So tunggu urusan untuk naik ke ward. Dalam pukul 6am macam tu juga lah naik ke ward. Sampai di ward, macam biasa, kena isi borang apa semua. Tengah-tengah nak isi borang, doctor offer tanya nak seluk lagi tak check laluan sebab mungkin tengok rupa aku macam tahan sakit sangat. Haha Tengok-tengok laluan dah 6cm. Doctor pun minta suami bagi baju baby and suruh aku baring di trolly. Aku punk ditolak masuk ke labour room.

Masa dah sakit tu sebenarnya dah hilang dah rasa nervous semua tu, cuma dok fikir, aku ni dah nak bersalin ke. Terkumat-kamit doa minta dipermudahkan. Hihi Dalam pukul 7am lebih aku dah duduk dalam labour room. Alhamdullilah, suami ada disisi aku seperti yang diimpikan. Aku tak sedar pun nurse dah pecahkan ketumban aku, sebab aku cakap dekat nurse dalam labour room yang kaki aku macam basah. Haha aku ingat aku terkencing ke apa ke. Nurse cakap dia dah pecahkan ketumban aku. So, layan contraction macam biasa... sampai satu tahap aku rasa nak meneran. Perasaan nak meneran ni memang automatik. Bila meneran tu hilang rasa sakit, lega. Nurse pun tanya, "Awak dah rasa nak meneran ya?". Aku pun cakap la, "Aah, rasa macam nak buang air besar". Lepastu nurse pun panggil doctor. Yang masuk, 2 orang doctor pelatih & beberapa orang nurse. Diorang terus motivate aku untuk teran.

Tapi sesungguhnya susah weh. Haha Diorang cakap, "Ala puan, puan teran aje macam teran berak", "Puan, masa meneran tahan nafas ya". Haha jujur aku cakap aku dah teran macam nak berak, dorang cakap, "Puan salah tu, itu puan teran dekat muka. Puan kena teran dekat bawah ni haa". Nurse panggil suami aku tengok dah nampak kepala baby, suami bisik bagi sokongan. Masa tu keluar habis peluh-peluh jantan walhal bilik tu sejuk ya amat. Aku teran sambil berzikir. Contraction datang aku teran, tapi sebab tak daya tahan nafas, baby masuk balik.

Selepas 3 kali aku meneran & kena gunting (tak rasa pun masa diorang gunting), tepat pukul 8:24am, lahirlah seorang bayi. Masa tu lega sangat. And masa tu aku macam dah tak larat sangat. Haha Rasa nak pitam pun ada. Tapi sedikit risau sebab baby aku tak menangis macam kebiasaan. Asha lahir bunyi tangisan dia sikit aje itupun setelah ditepuk. Jadi, doctor angkat baby terus tanya aku, "Puan, anak puan girl ke boy?", aku jawab, "Girl" walaupun masa tu aku tak nampak sangat sebab penat and doctor terus bawa baby keluar dari bilik tu. Langsung tak dapat aku peluk or cium or even sentuh pun baby. Alahai... So, doctor & nurse yang lain meneruskan prosedur keluarkan uri & jahit. Lebih kurang pukul 950am baru selesai segalanya.

Aku pun berehat di dalam labour room, makan, sambil berbual2 dengan suami yang tidak seminit pun tinggalkan aku sorang-sorang. Hihi Pukul 12pm, aku ditolak naik ke ward dan dapat tahu baby aku ditahan di NICU kerana suspect lung infection. Masa tu sedih memang ada sebab muka baby tu pun aku tak nampak lagi, tapi aku tahu semua ini ada hikmahnya. Aku redha and berdoa banyak-banyak semoga baby sihat sahaja.

Petang tu, suami pergi tengok baby di NICU seorang diri sebab doctor tak benarkan aku bangun berjalan sebab bacaan nadi aku terlalu tinggi. Jadi, suami curi-curi ambil gambar untuk aku tengok. Hihi Rasa happy sangat tengok baby sendiri tapi rasa sedih juga sebab tengok tangannya ada jarum bagai.

Apa-apa pun syukur, Alhamdullilah semuanya selamat dan bagi aku semuanya dipermudahkan. Ini adalah satu kenangan yang tak akan aku lupakan.. Saat kelahiran anak pertama aku, Asha Rania Bt. Mohd Rizdwan.

Asha Rania Bt. Mohd Rizdwan
20/11/2016 - 2.97kg.

No comments:

Post a Comment