Feb 11, 2016

5hb Februari 2016 - Dah kahwin?!

 

Alhamdullilah, selepas 11 tahun bergirlfriend-boyfriend, bertahun-tahun berangan-angan, selepas 6 bulan persiapan, akhirnya kami diijab kabulkan.

Macam tak percaya dah jadi isteri kepada Mr / Morphine saya ni. Wehehe! 

Jumaat, 5hb Februari 2016 adalah hari kami dinikahkan, berwalikan bapaku sendiri.

Selalu aku tengok orang akad nikah, aku pelik kenapa perempuan tu mesti nangis, kali ini aku berpeluang untuk rasa, baru aku tahu perasaan masa tu. Tak dapat aku nak gambarkan perasaan itu. Fuh! 

11 tahun berkenalan, bercinta akhirnya ke jinjang pelamin. Banyak dugaan dan cabaran. We once broken (siapa yang dah lama baca blog buruk ni mesti tahu. kehkehkeh), but alhamdullilah, we made it!

Semoga perkahwinan ini dilimpahi kurnia dan rahmat dari Allah SWT. Amin..

Untuk keluarga, terutama sekali ibu-bapa, terima kasih atas restu yang diberi, terima kasih kerana mendoakan kami dan terima kasih kerana banyaaaaak sangat membanting tulang untuk majlis ini. Semoga Allah memberi rahmat kepada semua. Amin..

Untuk semua kawan-kawan baik saya :- Shafiq, Qila, Mona, Mumu, Nana, Is, Anoe, Topek dan lain-lain, terima kasih for being here with me. Terima kasih sanggup datang kongsi hari bahagia aku. Dan terima kasih banyak kerana mendoakan kami selama ini. I wuvv you guys! Yang penting, yang selalu dengar cerita angan-angan aku ni. heh. Lepasni cerita angan-angan lain pula yaaaa hihi

Untuk suamiku, Mohd. Rizdwan, saya sayang awak. hihi Nanti lah saya luahkan perasaan ya. eh!


Doakan kami ya. Terima kasih :)


1 comment:

  1. tahniah aiman, haha. memang best dapat kumpul balik ramai2 kan.

    ReplyDelete